Khasit Daun Sireh

Daun sireh amat popular bagi masyarakat kita terutamanya kaum melayu dan juga kaum India di Malaysia. Sirih antara tanaman yang banyak digunakan dalam perubatan selain bahan penting untuk hantaran atau proses peminangan. Haaaa..bercakap mengenai barang hantaran di majlis peminangan,sireh memang menjadi kepala hantaran . Nampak sangat kepentingan daun sireh kan?? So, mari kita tinjau kebaikan daun sireh dalam kegunaan sehari-harian. 




Tahukah anda! Sirih atau nama saintifiknya Piper Betle kerap digunakan dalam perubatan traditional Melayu. Sirih amat digemari dikalangan orang-orang tua sebagai kudapan seharian yang diambil bersama-sama dengan gambir dan kapur. Selain daripada makanan seharian, sirih juga mempunyai nilai komersialnya yang tersendiri di dalam bidang perubatan.
Sirih mempunyai nama yang berbeza-beza, antaranya sirih carang, camai, kerekap, serasa, cabe, kengyek atau kerak. Kebiasaannya, pokok sirih ditanam di kampung-kampung. Namun begitu terdapat juga pokok sirih yang tumbuh meliar di kawasan semak-samun. Daun sirih berwarna hijau gelap dan bersaiz kira-kira 15 cm panjang dan 10 cm lebar. Ia juga boleh didapati dengan mudah di pasar, terutamanya di kawasan pedalaman.


Sirih telah terbukti secara saintifik mengandungi minyak sari (kadinen, kavikol,sineol, eugenol, karvakol) yang digunakan untuk mengubati penyakit-penyakit seperti keputihan, nafas berbau, badan berbau, batuk, radang selaput lendir mata, trauchoma, jantung berdebar-debar, kemurungan, demam selepas bersalin,air susu terlampau banyak dan sariawan/ulser mulut.


Selain itu, daun sirih juga dikatakan mampu :
  • Menambahkan nafsu seks.
  • Menambahkan susu ibu.
  • Mengurangkan kesakitan bisa serangga.
  • Mengurangkan demam, batuk, kembung perut, bengkak, lusa bisul, angin pasang, hidung berdarah dan resdung.
Banyakkan khasiat daun sirih ?? Pada siapa-siapa yang ada daun sirih di sekitar rumah, bolehlah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Mungkin Nur boleh tambahkan Beauty Bar ZBM 


selain daripada 



    (Sumber gambar adalah daripada pakcik Google)

      No comments: