Showing posts with label haid. Show all posts
Showing posts with label haid. Show all posts

Mascotek dan khasiat yang tersembunyi


“Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan dijadikan kepada setiap penyakit ada penawarnyanya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.”(Riwayat Abu Daud)

MAS COTEK (TABAT BARITO)



Mas Cotek merupakan sejenis tumbuhan meliar dan menumpang pada pokok hutan dan kawasan perbatuan di pergunungan. Mas Cotek atau dalam bahasa saintifiknya, Ficus deltiodea dan tergolong dalam keluarga Moraceae merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya dikalangan pengamal perubatan tradisional. Tumbuhan ini mempunyai khasiat perubatan tersendiri dan dapat merawat pelbagai jenis penyakit. Terbukti herba ini sangat baik untuk kesihatan keluarga jika diamalkan meminum air rebusannya.

Nama Mas Cotek adalah merupakan nama tempatan yang popular di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Manakala di negeri Sabah dan Sarawak dan juga Kepulauan Kalimantan, tumbuhan ini dikenali dengan nama ‘sempit-sempit’. Selain itu, ada juga suku etnik di Sabah yang menyebutnya sebagai ‘agoluran’. Di Indonesia, tanaman ini disebut ‘Tabat Barito’ dan beberapa nama di daerah lain seperti ara jelatih, ara tunggal, api-api telinga gajah dan api-api telinga kera. Di Afrika pula, ia dikenali sebagai ‘Kangkalibang’. Meskipun demikian, nama Mas Cotek adalah merupakan nama yang paling popular dan lebih dikenali jika dibandingkan dengan nama-nama tempatan yang lain.

Nama Mas Cotek diberi kerana bintik-bintik halus berwarna emas (kuning) : (seperti gambar di bawah) yang terdapat pada permukaan atas setiap helaian daun tumbuhan ini.Di Malaysia, para saintis telah mengenalpasti bahawa terdapat lebih daripada 80 spesies tumbuhan tergolong di dalam keluarga Ficus deltioidea

sumber gambar : http://agromedia.mardi.gov.my

 Secara tradisi, nama tempatan dan klasifikasi jenis Mas Cotek dilakukan oleh spesies seperti delima sudip, serapat angin, telinga gajah, telinga kera, telinga beruk dan sebagainya. Di Malaysia, spesis serapat angin banyak terdapat di bahagian Pantai Timur Semenanjung, manakala spesis telinga beruk dan telinga gajah pula banyak dijumpai di bahagian Pantai Barat. Selain itu, spesis Delima sudip terdapat di kawasan Tengah dan Selatan Semenanjung, manakala telinga kera banyak terdapat di bahagian Utara Semenanjung. Menurut pengamal perubatan tradisional, Mas Cotek boleh diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu Mas Cotek jantan dan Mas Cotek Betina .

Perbezaan paling ketara yang dapat dilihat antara spesis Mas Cotek jantan dan spesis Mas Cotek betina adalah dari segi rupa bentuk daunnya. Jenis yang berdaun kecil, tirus, nipis dan ringan lebih dikenali sebagai pokok Mas Cotek jantan. Bahagian belakang daun Mas Cotek jantan terdapat bintik merah. Biasanya, daun-daun ini mempunyai satu titik merah, tetapi ada juga daun yang mempunyai dua atau tiga bintik merah.

Bagi Mas Cotek jenis betina pula, rupa bentuk daunnya adalah lebih besar dan kebanyakan daunnya berbentuk bujur dan bulat serta lebih tebal jika dibanding spesies jantan. Sama seperti daun jantan, daun betina juga memiliki bintik pada bagian belakang daunnya tetapi warna bintiknya hitam. Selain itu, urat daun betina terlihat lebih jelas di bagian permukaan atas daun jika dibandingkan dengan daun jantan. Urat daun Mas Cotek betina menyerupai daun Mas Cotek jantan.

Seperti konsep ‘Doctrice of signature’, bentuk, warna, rasa dan bau pada setiap bahagian tumbuhan Mas Cotek menggambarkan penggunaan herba itu untuk rawatan penyakit.


Emas Cotek digelar penawar segala penyakit wanita. Sangat terkenal dikalangan wanita yang bakal mendirikan rumahtangga atau wanita selepas bersalin. Tanaman herba ini tumbuh subur dikawasan bukit dan pergunungan. Bahkan ada spesies Mas Cotek yang ditemui di kawasan pantai dengan struktur daun lebih tipis berbanding spesies bukit dan pergunungan. Herba ini merupakan tumbuhan yang hidup di alam bebas.

 Emas Cotek merupakan pusaka asli wanita dalam warisan perubatan Melayu. Ia diamalkan bagi mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya. Disamping itu, dipercayai rebusan daun Emas Cotek juga mampu memecah lemak serta membuang kolestrol berlebihan dalam saluran darah dan mengelakkan pengamal dari sakit kepala (migraine), stroke, juga berkesan untuk menyembuhkan dan memperbaiki kerosakan saraf.

Selain dicampur dengan daun jantan dan betina pelbagai jenis adalah lebih berkesan jika dapat dicampurkan dengan bahagian batang, buah dan akarnya yang dikeringkan. Air rebusan daun, batang, akar, dan buah Emas Cotek terbukti dapat menyembuhkan penyakit pneumonia (radang paru-paru), sakit pinggang, mengurangkan keletihan, dan ia juga mampu meningkatkan keinginan seks bagi pasangan suami isteri. Ia juga dipercayai dapat bertindak balas terhadap rangsangan hormon lelaki untuk meningkatkan daya ketegangan alat kelamin. Daun Emas Cotek boleh dipetik dan dikunyah semasa segar. Selain itu, ia juga boleh dikeringkan agar lebih tahan lama. Bila diperlukan, rebus daun kering tadi dan minum airnya bagi memulihkan tenaga.

Antara khasiat Mas Cotek yang lain adalah:

  • Memperbaiki kerosakan urat saraf 
  • Mengetatkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim bg wanita selepas bersalin
  • Meningkatkan keinginan hubungan suami isteri 
  • Membantu mengawal tekanan darah tinggi 
  • Merawat penyakit pneumonia
  •  Mampu merawat migrain, resdung, diabetes, gout, batu karang, tekanan darah tinggi / rendah
  •  Kandungan flavonoid yang tinggi untuk mempertahankan keayuan dan awet muda
  • Mengurangkan tahap kolesterol dalam darah
  •  Mengurangkan keletihan dan kelesuan badan 
  • Membantu masalah keputihan 
  • Melancarkan peredaran darah haid
Haaa...banyakkan khasiat mascotek. Sekarang tak perlu susah-susah untuk tanam mascotek, merebus bagai...boleh beli iMascare Mas Cotek dari saya

Terima kasih sebab sudi baca..dah baca,bolehla komen di bawah !!

Part 2 : Bahan Kandungan DURRAH

Di entry yang lepas, dah cerita dah tentang kandungan Pueraria Mirifica/Lobata dalam DURRAH. Sekarang nak cerita tentang Labisia Pumila. Perghhh..nama ala-ala Filipino beb, mana entah dapat nama saintifik gini, wallahualam.



Lubisia Pamila atau lebih dikenali sebagai Kacip Fatimah merupakan tumbuh-tumbuhan yang tumbuh secara meliar di hutan hujan tropika pada ketinggian 150 kaki dari aras laut. Ianya dari famili Myrsinaceae dan membiak dengan 2 cara iaitu biji benih & keratan akar(pecahan akar).


Pelbagai khasiat Kacip Fatimah menyebabkan wanita-wanita tidak kira wanita bujang (belum berkahwin) atau sudah berumahtangga mengamalkan pemakanan jamu/herba yang berasaskan kacip fatimah.

Diantara kelebihan kacip fatimah adalah :
  • Mempercepatkan proses kelahiran bayi (saya tak sure sejak bila boleh minum..jangan buat kalau was-was..saya tak mau tanggung risiko anda!!!)
  • Mengembalikan kecergasan selepas bersalin.
  • Merangsang pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita.
  • Mengurangkan senggugut ketika haid.
  • Mengubati penyakit buasir (hemarroid/pile)
  • Merawat cirit-birit, sakit sendi (rheumatism), gonorrhea

Haa...memang sesuai sangat-sangatlah kepada ibu-ibu bapa-bapa  yang sering mengadu keletihan, kecapikan dalam menguruskan rumahtangga terutamanya kepada ibu-ibu yang bekerjaya.


Haruslah mak letih nokss...kat office tu, ibarat lipas kudung...kejap mesyuarat, kejap bancuh air bos, kejap mengumpat  (eeh, bukan anda :) ) kejap naik atas, kejap turun bawah...Balik rumah, energy dah tinggal 10%, waaaaaaa....mana nak amik anak dekat nursery/pengasuh, sampai rumah nak mandikan anak, masak makan malam, uruskan anak makan,  kemaskan dapur, iron baju kerja untuk esok, lantai dapur berlengas..mop pulak...nampak habuk atas kabinet TV--mop pulak...

Aisehh, korang imaginekan laa kepenatan seorang ibu, yakni wanita yang dikatakan lemah lembut tapi boleh multitasking. Hebat x??

No, wonder lah minuman power root Kacip fatimah laku dipasaran. Minum semasa sejuk memang marvellous, tapi mahal weh...setin pun dah RM3.00++ ..sekali minum dah habis. 30 hari mau budget RM100.00 sahaja untuk Kacip Fatimah. 

Anda ada alternatif lain dengan DURRAH. Boleh bisik-bisik dengan Nur untuk cerita selanjutnya .....heheheh



Terima kasih sebab sudi baca..dah baca,bolehla komen di bawah !!