Bunga Calendula ?? Marigold. .. ohhhh

Seperti entry yang lepas, Sabun Beauty Bar ZBM telah diketahui bahawa salah satu kandungan dalam sabun tersebut adalah Bunga Calendula. Mari kita kenali dengan lebih dekat Bunga Calendula.


Adehhh...sejak berjinak-jinak dengan Produk ZBM, macam-macam nama herba yang baru telah ku pelajari...antaranya Mahkota Dewa. Nie nak tahu apa dan rupa bunga Calendula pulak dah.

Kalau dilihat dari gambar di bawah, secara kasarnya dapatlah disimpulkan bahawa Bunga Calendula ni seperti bunga matahari, kan?? Atau dikenali juga sebagai Marigold dan dalam bahasa saintifiknya pula Calendula officinalis. Calendula ini dikategorikan dalam Comositae.



Jika ditanya pada pakcik Google, maka hasilnya boleh didapati seperti di bawah :
"Tumbuhan ini mempunyai bunga berwarna kuning keemasan berasal dari India. Ia digunakan oleh penganut Hindu untuk menghias Kuil dan tempat-tempat keramat. Orang Roman menggunakannya sebagai pewarna bagai makanan. Pada zaman pertengahan, selain daripada menggunakannya sebagai pewarna makanan, ia juga digunakan untuk luka lama dan parut kerana ia dikatakan mengundungi ciri-ciri kesembuhan dan juga nilai kulinari dan kecantikan."




Haaa...tidak syak lagi laa kan....bunga ini bersepah2 di kampung-kampung (dibandar tanam bunga kertas..huhh). Masa zaman kecik-kecik dulu, bunga ini antara bahan untuk 'main masak-masak'



Jom teruskan pembacaan : 

Marigold dapat di tanam di mana-mana tetapi ia bertumbuh lebih subur dengan jenis tanah loam dan tempat yang mendapat banyak cahaya matahari. Bahagian bunga adalah bahagian yang paling berguna. Ia adalah lebih berguna apabila menuai semasa bunga itu cukup masak.

Marigold memunyai banyak kegunaan therapeutik atau perubatan. Bunga itu mengandungi ciri-ciri antiseptik dan bijian menolong membekukan darah. Pada tahun 1886 di Amerika Barat, seorang doktor bernama Dr.Reynolds melaporkan dalam Journal Perubatan bahawa marigold dapat memperhentikan luka peluru daripada berdarah dan minyak sapu marigold dapat menyembuhkan ulcers, luka dan cold sores.

Teh marigold adalah sedap diminum. Selain dari sedap diminum, teh marigold juga boleh digunakan untuk luka, lebam, bengkak dan keletihan. Jika teh marigold dicampur dengan sedikit madu, ia adalah bermanfaat kepada jantung, dan mencegahkan kesakitan haid dan melicinkan kulit seseorang. Ini dapat dibuat dengan mencampur 600 ml air panas kepada 5 - 10 ml kelopak bunga (petals). Marigold yang telah dihiris dan membenarkan infus dengan betul-betul sebelum mengguna.

Minyak yang dihasilkan diperloehi daripada kelopak bunga marigold yang mempunyai banyak kegunaan komestik. Selain daripada dapat membersihkan kulit. ia juga dapat melembutkan dan melicinkan kulit.



Huwaaaa...teh marigold ?? Jenama minuman/susu Marigold tau laa kan...



Banyak rupanya khasiat bunga-bungaan yang dipandang remeh dan enteng ni.

Ekstrak Bunga Calendula amat terkenal dengan fungsi dan kelebihannya sebagai rawatan kegatalan dan masalah kulit. Oleh itu ia berupaya merawat masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam, eczema dan lain-lain. 

Hummm, kalau ada yang menanam pokok-pokok bunga ni, boleh laa cuba untuk ramas-ramas dan sapu macam buat "mask". Tapi saya tak tanggung risikonya tau...tak payahlah susah-susah...dah ada Beauty Bar ZBM, boleh cuba pakai yang ini dan berkongsi testimoni dengan saya, boleh???


No comments: