Kandungan Arpa Cafe : Garam Bukit & Khasiatnya

Salah satu kandungan yg ada dalam ARPA CAFE adalah GARAM BUKIT. Jom kita baca info tentang garam bukit ni.


Apakah itu garam bukit.?


Garam bukit merupakan salah satu jenis garam yang kita gunakan seharian dalam makanan. Tetapi bukan garam itu, kira ianya adik beradik la.

Asal-usul garam bukit.

Ia lebih dikenali sebagai GARAM KRISTAL GUNUNG HIMALAYA adalah garam bukit yang berasal dari kawasan gunung Himalaya dan berada dalam bentuk asalnya. Ia adalah garam organik yang paling berkhasiat, paling bersih dan mempunyai struktur geomatrik kristaline yang amat sempurna. Ia mengandungi semua unsur yang terdapat dalam tubuh manusia.

Berbeza dengan garam biasa.

Garam Gunung Himalaya ternayata berbeza daripada garam halus biasa yang diproses yang mana kandungan sodiumnya adalah sodium pasif yang menyebabkan tekanan darah naik. Garam memudaratkan apabila proses “pembersihan” turut menyahkan unsur potassium, kalsium, magnesium dan besi yang perlu bekerjasama dengan sodium. Garam merupakan satu rahmat daripada Allah SWT yang boleh dinikmati dan tidak semestinya ditakuti kemudaratannya.

Kebaikan garam bukit.

Kalau anda perasan ada ketenangan, nyaman, selesa bila ditempat-tempat seperti dihutan, bukit-bukit, kawasan pergunungan, air terjun, tepi pantai atau pun selepas hujan lebat. Ini adalah kerana di tempat tersebut dan juga selepas hujan lebat, kandungan ion negative adalah lebih tinggi pada ketika itu yg menghasilkan elektrikal balance atau dipanggil ionic balance.

Garam bukit menambah kualiti segala sesuatu yang dicampur dengannya. Ia berfungsi sebagai pemangkin dalam tindak balas kimia oleh itu sangat perlu dalam penghadaman dan pencernaan makanan, mengurangkan masalah angin dan gastrik. Ia sangat cekap melancarkan pengaliran darah, merangsang kelenjar untuk merembes hormon, asid amino, mineral dan vitamin oleh organ tubuh. Ia kaya dengan iodin dan mampu mengimbangi kalsium dalam tubuh iaitu mineral yang penting untuk mencegah osteoporosis.

Kebaikan Garam Gunung
1.mengimbangkan tekanan darah
2.meleraikan gumpalan sel-sel darah merah
3.meningkatkan kandungan oksigen dalam tubuh
4.menganjalkan saluran darah kita
5.melarutkan sebarang pengumpulan kalsium dalam darah
6.membekalkan zat mineral berbentuk ionik yang seimbang
7.melaraskan kelancaran sistem saraf
8.membantu pembaharuan semula sel-sel
9.membantu pergerakan otot-otot usus
10.keseimbangan mineral mensinergikan sistem metabolik dengan lebih sempurna
11.Menyelesaikan masalah kesihatan yang berpunca dari ketisakseimbangan mineral
12.membantu penyerapan vitamin dengan lebih sempurna
13.boleh membantu dalam penyembuhan penyakit kulit
14.membantu menguatkan tenaga batin

No comments: