Showing posts with label Durrah. Show all posts
Showing posts with label Durrah. Show all posts

Tawaran Istimewa sempena Hari Lahir Ibu NurKhai .......

Dah agak lama tak update blog comel ini....heeeeeeee, akibat duk update di FB, Forum.. makanya ruangan yang lebih kepada catatan dari hati ini terkubur sementara.....


Arini nak lap sikit-sikitlah habuk-habuk tu....& tiba-tiba alert part traffic rank di Alexa.com ........tuuu dia aihh, daripada traffic rank 15juta (pergghh, jauh lagi nak kayuh)....laa nie sampai no data...teruk sungguh aiihh


Takpalah, itu hanya satu angka yang random..yang penting semakin ramai pengunjung yang telah bertapak di sini & kepada yang liked fan page Blog Nur Khai, terima kasih...


Ohh, pada 25 Mei 2012 Nur ada maklumkan tawaran istimewa kepada pengunjung yang membuat belian dari 25 Mei hingga 31 Mei 2012, akan ada FREE GIFT menanti anda....berbaloi-baloi.


Jadi, jangan lepaskan peluang ini, kerana hanya tinggal ESOK SAHAJA ..hari terakhir bagi tawaran tersebut.



Terima kasih sebab sudi baca..dah baca,bolehla komen di bawah !!

Durrah: Menyuburkan Rahim & Membantu Kehamilan


Alhamdulillah, syukur alhamdulillah kerana Durrah & Produk ZBM membantu rakan niaga saya (dah kenal untuk tempoh yang lama : 6 tahun??? ) hamil setelah keguguran (laparoscopy) November 2011 yang lepas. Ekoran dari proses itu juga, salah satu 'highway' terpaksa di tutup. Namun begitu, dengan semangat & minda yang positif (beliau memang girang sokmo), Diera bangkit dari kekecewaan dan mencuba produk ZBM (seperti dalam gambar) & finally, amik Durrah awal Februari lalu..

Dengan izin Allah s.w.t jua, maka tercapai hasrat kedua-dua pasangan tersebut untuk menambahkan zuriat no. 2. 

Doa dari pihak saya : Semoga kandungan kali ini membesar dengan sihat & lahir sebagai bayi yang comel seperti kakaknya (Damia) & gambar baby yang di atas tu untuk tatapan Mamimia Diera (kot-kot dapat iras cute gitu seh!!)

Nak tahu lebih lanjut ttg Durrah ??? Klik sini 



Terima kasih sebab sudi baca..dah baca,bolehla komen di bawah !!

Part 2 : Bahan Kandungan DURRAH

Di entry yang lepas, dah cerita dah tentang kandungan Pueraria Mirifica/Lobata dalam DURRAH. Sekarang nak cerita tentang Labisia Pumila. Perghhh..nama ala-ala Filipino beb, mana entah dapat nama saintifik gini, wallahualam.



Lubisia Pamila atau lebih dikenali sebagai Kacip Fatimah merupakan tumbuh-tumbuhan yang tumbuh secara meliar di hutan hujan tropika pada ketinggian 150 kaki dari aras laut. Ianya dari famili Myrsinaceae dan membiak dengan 2 cara iaitu biji benih & keratan akar(pecahan akar).


Pelbagai khasiat Kacip Fatimah menyebabkan wanita-wanita tidak kira wanita bujang (belum berkahwin) atau sudah berumahtangga mengamalkan pemakanan jamu/herba yang berasaskan kacip fatimah.

Diantara kelebihan kacip fatimah adalah :
  • Mempercepatkan proses kelahiran bayi (saya tak sure sejak bila boleh minum..jangan buat kalau was-was..saya tak mau tanggung risiko anda!!!)
  • Mengembalikan kecergasan selepas bersalin.
  • Merangsang pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita.
  • Mengurangkan senggugut ketika haid.
  • Mengubati penyakit buasir (hemarroid/pile)
  • Merawat cirit-birit, sakit sendi (rheumatism), gonorrhea

Haa...memang sesuai sangat-sangatlah kepada ibu-ibu bapa-bapa  yang sering mengadu keletihan, kecapikan dalam menguruskan rumahtangga terutamanya kepada ibu-ibu yang bekerjaya.


Haruslah mak letih nokss...kat office tu, ibarat lipas kudung...kejap mesyuarat, kejap bancuh air bos, kejap mengumpat  (eeh, bukan anda :) ) kejap naik atas, kejap turun bawah...Balik rumah, energy dah tinggal 10%, waaaaaaa....mana nak amik anak dekat nursery/pengasuh, sampai rumah nak mandikan anak, masak makan malam, uruskan anak makan,  kemaskan dapur, iron baju kerja untuk esok, lantai dapur berlengas..mop pulak...nampak habuk atas kabinet TV--mop pulak...

Aisehh, korang imaginekan laa kepenatan seorang ibu, yakni wanita yang dikatakan lemah lembut tapi boleh multitasking. Hebat x??

No, wonder lah minuman power root Kacip fatimah laku dipasaran. Minum semasa sejuk memang marvellous, tapi mahal weh...setin pun dah RM3.00++ ..sekali minum dah habis. 30 hari mau budget RM100.00 sahaja untuk Kacip Fatimah. 

Anda ada alternatif lain dengan DURRAH. Boleh bisik-bisik dengan Nur untuk cerita selanjutnya .....heheheh



Terima kasih sebab sudi baca..dah baca,bolehla komen di bawah !!

Part 1 : Bahan Kandungan DURRAH

Haaa...apa lagi nak cerita hari ini erk??? Cuba korang bagi idea....alamak..shoutbox xletak macamana nak tau apa yang korang nak tau kan? Alaaa...tak perlu shout2box laah, korang boleh jerk masukkan di ruangan komen kan .. Bagi siapa yang tak tahu DURRAH nie apa...click aje pada setiap perkataan DURRAH tu...dah tentu saya ada letak link nya..heheheh & boleh jamu mata seperti gambar di bawah.




So, apa yang saya nak membebel di tengahari ini (akibat tak dapat melelapkan mata waktu lunch hour!!).  Kalau dilihat dari hasil photographer tak bertauliah & tanpa kamera mahal lagi ber-HD....boleh dibacalaa kan, antara kandungan DURRAH ni adalah :



* Pueraria Mirifica (Lobata)
* Labisia Pumila
* Termialla Chebula
* Soy Collagen
* Crocus Sativus
* Sodium Benzoate
* Citric Acid
* Perisa Buah Asli Rozzle
* Air Bertapis
* A mixture of Herbal Drinks

Aduhaiiiiii...nie apo laa nie weeiii....saintifik sangat2..makcik-makcik kat kampung pun "dok pahe sebutir pung kalu doh tulih gini ." (tiba-tiba nak feeling cakap ganu). Jika di melayukan..bahan-bahan dalam DURRAH adalah : 

* Pueraria Mirifica (Lobata)  -- atau dalam bahasa kampungnya Ubi Putih
* Labisia Pumila -- Kacip Fatimah 
* Termialla Chebula -- errr, yang nie saya xsure,tapi di google gambarnya macam Belimbing Buluh
* Crocus Sativus -- Saffron 

Selebihnya yang saya tak huraikan bahasa saintifiknya, saya beranggapan itu adalah bahan-bahan pengawet & penambah rasa.

Rasanya letih weii kalau keempat-empat bahan nak cerita serentak, kan? So...info bab Pueraria Mirifica nie dah agak sinonim dengan saya, makanya petang nie kita cerita bab Pueraria Mirifica atau Lobata atau Ubi Putih yer

copy paste dari penulisan terdahulu saya dari Peuraria Mirifica : Q-she DCL 

Pueraria Mirifica ~ Tumbuhan ajaib kurniaan Tuhan : 1 utk 1001 khasiat



  
Pemakanan/penggunaan produk-produk berasaskan Pueraria Mirifica adalah supplemen untuk kecantikan dan kesihatan yang bertindak secara semulajadi pada tubuh.
Berkesan meningkatkan dan membaikpulih kadar hormone, meningkatkan estrogen dalam badan yang mengaktifkan kolagen dalam kulit serta memberikan hasil dan kesan yang tidak mungkin anda perolehi dari produk-produk lain.

Tak perlu lagi menyeksa diri dengan suntikan kolagen atau pembedahan yang menyakitkan serta berisiko untuk menjadi cantik dan jelita. Bertindak dari dalam untuk menerlahkan kecantikan dan kesihatan yang menyeluruh, dari hujung rambut ke hujung kaki, dalam dan luar. Anda pasti kagum dan berpuashati dengan hasilnya.

Pueraria Mirifica, adalah satu-satunya tumbuhan Anugerah Tuhan yang boleh membantu menyeimbangkan penghasilan dan pengeluaran hormon manusia.

Terdapat 13 jenis spesies di dalam keluarga pueraria. Dari kajian yang dijalankan oleh beberapa saintis sejak di awal abad ke 19 lagi, mendapati bahawa Pueraria Mirifica merupakan yang nombor satu jika dibandingkan dengan jenis-jenis keluarga pueraria yang lain. Manakala, keluarga pueraria yang lain langsung tidak sesuai dan tidak digalakkan. Pueraria Mirifica hanya tumbuh dan terdapat di utara Thailand .

Berbanding dengan keluarga pueraria yang lain, yang juga tumbuh di beberapa negara asia yang lain termasuk Filipina dan Indonesia . Namun ianya tidak memberi sebarang kesan yang memberangsangkan dan tidak standing dengan Pueraria Mirifica dari Thailand . Tumbuhan yang telah sekian lama wujud sejak beratus-ratus tahun ini mula mendapat tempat di pasaran global dan menjadi kegilaan kepada pengeluar untuk dikomersialkan.



Kebaikan Pueraria mirifica terhadap payudara dan punggung
(secara kesimpulannya) :

1.  Mengangkat serta membaiki keadaan ,menganjalkan kembali payudara dan punggung yang mengendur dan jatuh.

2.   Memantapkan dan memontokkan lagi bentuk payudaramenjadikan ia lebih padat.

3.  Membesarkan payudara yang mengalami pertumbuhan yang terbantut.

4.  Menegangkan dan menstabilkan kedudukan payudara seseorang wanita.

5.    Menjadikan payudara dan punggung anda lebih seksi dan mengancam dengan lurah yang lebih   jelas dan ketara. Wow mesti best ni

6.    Mencerahkan puting dan menghilangkan kedutan di sekitar payudara wanita.

7.    Mengekalkan kecantikan payudara yang sedia besar tanpa membesarkannya lagi,sebaliknya jika payudara kecil dia akan membesarkannya. Jadi fleksible

Oklah...setakat ini sahaja kisah Part 1 : Bahan Kandungan DURRAH .

bersambung nanti .......




Terima kasih sebab sudi baca..dah baca,bolehla komen di bawah !!

Mahkota Dewa dan khasiatnya.

Mahkota Dewa .... pertama kali mendengar tentang Mahkota Dewa. Sungguh tak pernah dengar sebelum ini apatah lagi membayangkan bagaimana rupa Mahkota Dewa. Adakah ianya seperti dewa-dewi yang memakai mahkota??? (oohh...saya dimomokkan dengan gambaran dewa dewi cerita Tamil/Hindustan).

Ehhh..apa pulak kaitan Mahkota Dewa dengan blognurkhai??? 

Haa..rupa-rupanya salah satu kandungan Produk Durrah mempunyai buah Mahkota Dewa tetapi di dalam bahasa saintifiknya : Phaleria Papuana 






Bagi yang ingin mengenali tanaman Mahkota dewa...ianya merupakan tanaman jenis pohon yang berkembang dan tumbuh sepanjang tahun dan mencapai ketinggian 3-4m.Batang bergetah terdiri dari kulit yang berwarna coklat kehijauan dan batang kayu berwarna putih, ianya berakar tunjang.



Buah mahkota dewa(seperti gambar diatas)berbentuk bulat, diameter 3-5cm, permukaan 
licin, beralur, ketika muda warnanya hijau dan merah setelah masak. Daging buah berwarna putih, berserat dan berair.


Mahkota Dewa berkhasiat dalam mencegah dan membantu proses penyembuhan berbagai macam penyakit antara lain seperti tekanan darah tinggi, meningkatkan vitalitis bagi penderita diabetes, kanser, gout, liver, alergi, ginjal, jantung, pelbagai penyakit kulit, mengatasi ketergantungan ubat, rheumatik, insomnia juga meningkatkan stamina dan ketahanan terhadap influenza.(selsema)

Buahnya berkhasiat menghilangkan gatal (antipruritus) dan antikanser. Tetapi bijinya adalah beracun (yang tanam sendiri tu...berhati-hati)

Kandungan kimia daun mahkota dewa pula mengandungi antihistamin, alkoloid, saponin dan polifenol (lignan). Manakala kulit buah mahkota dewa mengandungi alkaloid, saponin dan flavonoid.

Alkaloid - berfungsi sebagai detoksifikasi yang dapat meneutral racun di dalam tubuh. 



Polifenol - berfungsi sebagai anti-histamin (anti-alergi).

Saponin - menjadi sumber anti-bakteri dan anti-virus, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, meningkatkan vitalitis, mengurangi kadar gula dalam darah, mengurangkan penggumpalan darah.

Flavanoid - melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah, mengurangi kandungan kolesterol serta mengurangi penimbunan lemak pada dinding pembuluh darah, mengurangkan kadar risiko penyakit jantung koroner, mengandungi anti-inflamasi (anti-radang), berfungsi sebagai anti-oksidan, membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan.



Pelbagai kaedah perawatan menggunakan Mahkota Dewa ini samada menggunakan teknik rebusan, teknik rendaman. Dan jika anda berminat untuk mendapatkan info2 menggunakan bolehlah singgah di salah satu blog yang saya layari untuk mendapatkan input-input iaitu : Blog KantanMerah (saya terus teringat laksa bila baca nama blog akak nie ).


Itu salah satu review saya untuk kandungan Produk Durrah....maka bersambung lagi, sebab nak jumpa prospek JPrune 


Terima kasih sebab sudi baca..dah baca,bolehla komen di bawah !!

Durrah : Khusus Untuk Wanita


Durrah : Minuman Khusus Untuk Wanita 

    Kebaikan :
  1. Mengatasi masalah keputihan dan senggugut.
  2. Menguatkan sistem kemutan.
  3. Membantu mengelak kanser payudara.
  4. Membekalkan tenaga segera.
  5. Mencantikkan kulit dan seri wajah.
  6. Membina dan mengecutkan rahim.
  7. Merangsang seksual dan memberikan kepuasan ketika bersama.
  8. Menegangkan payudara dan punggung.
  9. Memejalkan payudara.
  10. Merawat luka dalam perut dan pembedahan.
  11. Mengecutkan otot faraj.
  12. Meningkatkan kadar hormon estrogen.
  13. Menambahkan kolagen dalam badan.
  14. Mengawal bentuk badan.
Durrah juga amat sesuai diminum oleh wanita selepas bersalin.


Testimoni pengguna Durrah


Harga : RM86.00 (Semenanjung Malaysia) / RM91.00 (Sabah/Sarawak)
Kos penghantaran - RM8.00 (Semenanjung Malaysia)

Terima kasih sebab sudi baca..dah baca,bolehla komen di bawah !!