Anti Oksida : Rahsia Awet Muda

Hummm, rasanya tahun 2012 nie azam untuk menjaga kesihatan..maklumlah usia dah meningkat naik 30-an, maka kena lebih serius dalam soal penjagaan kesihatan. Kalau bukan diri sendiri yang jaga, siapa lagi yang nak ambil tahu, malah mereka-mereka yang di sekitar kita yang memerlukan perhatian juga akan terjejas jika kesihatan kita terganggu. 

Dalam usaha untuk menjaga kesihatan, banyak research/kajian rambang dari pakcik google...hehehe, dan pembacaan tambahan didapati bahawa kita kena jaga pemakanan seharian. So, dalam pada itu kena lebihkan pengambilan buah-buahan. Buah-buahan nie juga banyak jenis buah, tapi buah yang bagaimana yang perlu di ambil ??? Tanya lagi pakcik google....haaa, hasilnya seperti gambar di bawah.







waaaa....digalakkan mengambil buah-buahan yang mengandungi anti-oksida. Apalah pula anti-oksida neh...

Antioksida merupakan penawar semulajadi yang boleh mengawal dan menyingkir radikal bebas yang memperkukuhkan ketahanan sel badan dan merangsang pembaikan sel dengan pantas. Ianya juga dapat membaiki DNA yang rosak akibat radikal bebas.

Anti oksida juga terbukti dapat memperlahankan proses penuaan kerana ianya bersifat seperti pembersih dalaman badan dan pengawet muda dengan meneutralkan radikal bebas. Selain itu, ianya juga berperanan untuk membina dan mengekalkan kekebalan badan dengan menggalakkan gerak balas dalaman yang meningkatkan kebolehan badan untuk menangkis organisme pembawa penyakit yang menyerang badan seperti bakteria dan virus serta organisme lain yang menyumbang kepada proses penuaan.

Kenapa perlu menentang radikal bebas?? 

Radikal bebas yang menyebabkan masalah penuaan dan pelbagai penyakit lain seperti barah. Radikal bebas masuk ke tubuh apabila menyedut udara yang tercemar seperti asap rokok dan asap kenderaan (huhuhu...macam kerap sangat kan terdedah kepada ini!!!) Proses pengoksidaan yang merosakkan sel sihat dan menyebabkan kita tampak lebih tua (ouchh...) dan kurang sihat. Bagi mengatasinya, antioksida digunakan bagi mengawal proses pengoksidaan ini. 

Menyedari kepentingan antioksida ini, kebanyakkan pengeluar produk berkaitan kecantikan sama ada pemakanana mahupun penjagaan kulit mendakwa produk yang dihasilkan mengandungi bahan antioksida khususnya yang menggunakan tumbuhan semula jadi. Walaubagaimanapun, pengguna haruslah bijak memilih dan berhati-hati dengan dakwaan ini. Ini adalah kerana, antioksida bukanlah bahan, tetapi fungsi bahan tertentu yang bertindak secara khusus ke atas kulit. Salah satu cara yang paling berkesan untuk memperlahankan kerosakan akibat radikal bebas adalah dengan memakan makanan yang mengandungi antioksida.

Kajian saintifik juga menunjukkan tumbuh-tumbuan seperti buah-buahan mengandungi bahan antioksida yang mengekalkan kesihatan dan mencegah pelbagai jenis penyakit yang dialami manusia hari ini.

Kenapa perlu mengambil buah-buahan yang kaya dengan antioksida??

Berikut ialah fungsi dan kelebihan antioksida bagi tubuh badan kita :
* Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan
* Melancarkan perjalanan darah
* Menghalang pembengkakan dan keradangan
* Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti virus, anti kanser dan pelindung kepada alahan.
* Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah.


Antara buah yang kaya dengan anti oksida dari graf di bawah adalah : BUAH PRUN...perghhh..banyaknyaa!!! Tapi gambar sebelum nie, nampak gayanya buah cranberries.


No wonder laa kan, inner shine keluarkan dalam perasa buah prune. Kalau budget besar, boleh laa weii amik innershine pati prune jenama BRANDS'. Rasa tu x pernah lagilah rasa..mungkin lepas ni boleh cuba beli sekotak. Errr,....quite expensive okay, sebab dalam tu just ada 6 botol jer kan??


Tapi  x ada innershine pun boleh amalkan JPrune, lebih murah dan mudah 


sumber adalah berasaskan hasil dari pakcik google 

No comments: