CoPlus, minuman coklat dari ZBM lazat dinikmati panas-panas. Dah cuba ker?? Belum ...?? Ruginya...kepada yang berdekatan dengan saya (Balakong/Putrajaya/Cheras) boleh dapat FREE sachet dengan setiap pembelian melebihi RM50.00
Kawan sekerja saya pernah cuba (seteguk..hehehhe), comment -nya, rasa macam hampas2...
Sebenarnya bukan hampas tau, tapi kandungan dalam CoPlus yang pekat bila dibancuh (saya bancuh 1 sachet untuk 3/4cawan sahaja....hehehhe lebihh ummpphh).
Jom study bahan dalam CoPlus.
Part 1 : PEGAGA
Nama Tempatan: Pegaga
Nama Saintifik: Centella asiatica/hydrocotyle asiatica
Nama Lain: Tapak kuda(indonesia),indian pennywort, gotu kola
Nama Tempatan: Pegaga
Nama Saintifik: Centella asiatica/hydrocotyle asiatica
Nama Lain: Tapak kuda(indonesia),indian pennywort, gotu kola
Famili:Apiaceae/Umbelliferae
Keterangan:
Pegaga atau nama saintifiknya centella asiatica/hydocotyle asiatica ialah sejenis ulaman popular orang melayu.Tumbuhan menjalar yang tumbuh pada tanah yang agak lembab ini pada asalnya dimakan sebagai ulam untuk menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi. Nama lainnya ialah tapak kuda(indonesia),indian pennywort, gotu kola.ia dikatakan berasal dari india tetapi begitu mudah didapati tumbuh liar dinegara-negara ASEAN.Ia mudah tumbuh dikawasan tanah yang subur, agak lembab dan bersaliran baik. Ia membiak melalui pecahan anak.Mengikut ceritanya, pokok pegaga ini dimakan pada awalnya oleh penduduk india setelah melihat gajah yang terkenal dengan umurnya yang panjang didapati selalu mengunyah tumbuhan ini. Jadi ia dimakan pada asalnya untuk memanjangkan umur.Tapi kini ia diambil sebagai ulam dan jus kerana rasa dan baunya yang menambahkan selera. selain dimakan mentah sebagai ulam pegaga juga boleh dimasak lemak dan dijadikan kerabu.
Kegunaan:

Pegaga pernah dipanggil makanan otak kerana ia dapat mengambalikan kesihatan diri dan dapat menolong mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan, meningkatkan tindakbalas menambahkan kekuatan fizikal dan mental.
Baru-baru ini WHO telah mengumumkan bahawa pegaga terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak. Selain itu ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid.Herba ini mula digunakan dalam perubatan ayurveda. ia juga pernah digunakan dalam perubatan herba shennong di cina lebih kurang 2000 tahun yang lalu.Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan untuk dibarat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan.Di India bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit.
Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari.Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.
sumber gambar : http://www.bio-asli.com
Jenis-jenis Pegaga Di Malaysia
1. Pegaga Cina Atau Pegaga Nyonya
2. Pegaga Daun Lebar
3. Pegaga Kelantan
4. Pegaga Renek
5. Pegaga Salad
6. Pegaga Gajah
7. Pegaga Brunei
Alamakkkkk....bercerita pasal pegaga nie, rasa lapar pula....Ye lahh, pegaga nie ulam-ulaman tempatan. Banyak resepi boleh dihasilkan dari pegaga ni...terutamanya kerabu pegaga...nyum nyum,....sedap tau.
Alang-alang cerita pasal pegaga, bolehlaa letak resepi dari blog favourite saya : MyResepi .... Resepi Urap Pegaga & Selom
Bahan-bahan ( 1 hidangan )
- 200 gm daun pegaga(diracik)
- 200 gm daun selom (diracik)
- 2 biji bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1/2 inci belacan bakar
- segenggam udang kering
- 4-5 biji cili padi
- 2 sm halia muda
- 1 sudu makan jus limau kasturi
- sedikit kelapa parut (ambil putihnya)
- garam dan gula secukupnya
Cara-cara
- Kupas kulit bawang merah dan bawang putih. Satukan dgn udang kering dan halia di dlm kuali. Gorengkan tanpa minyak. Kemudian ditumbuk bersama cili padi dan belacan sehingga lumat.
- Gaulkan bahan2 tumbuk tadi bersama daun pegaga dan daun selom. Masukkan jus limau, garam dan gula. Akhir sekali masukkan kelapa parut dan kacau sebati. Hidangkan.
- **daun pegaga dan daun selom hendaklah dicuci bersih dgn air bergaram sebelum diracik
- **kelapa parut tak perlu digoreng. Tapi kalau nak goreng, boleh juga.
Bolehlah cuba yer....heheheh
No comments:
Post a Comment