Keistimewaan Susu Kambing

Dalam tahun kebelakangan ini, pasaran susu kambing sudah semakin meluas. Umum mengetahui pasaran susu kambing dimonopoli oleh Hi-Goat.

Namun begitu Syarikat ZBM juga mengeluarkan susu kambing, RICH GOAT .

Susulan dari itu, mari kita semak keistimewaan Susu Kambing ................ 

 1) Manfaat susu kambing kepada ibu hamil
Pemakanan yang berkhasiat boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi semasa dalam kandungan kerana apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Susu kambing sangat sesuai untuk ibu mengandung kerana ia kaya dengan protein, enzim-enzim dan Vitamin A yang penting untuk kesihatan. Pemakanan yang sihat bermula dari awal kehamilan dapat membantu proses tumbesaran bayi yang sihat, cergas dan pintar. Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. 


2) Manfaat susu kambing kepada ibu yg menyusukan anak
Ibu yang menyusu perlu menjaga pemakanan yang sihat agar dapat menyusui bayi dengan sempurna. Memang tidak dinafikan bahawa susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi namun kebanyakan ibu-ibu terpaksa menghentikan penyususan ibu kerana aliran susu semakin perlahan sedangkan bayi memerlukan susu yang lebih apabila semakin membesar. Amalan meminum susu kambing dapat meningkatkan pengaliran susu badan. Apa yang menarik, selain menambahkan susu ibu, susu kambing juga boleh diberikan kepada bayi menggantikan susu lembu.

3) Manfaat susu kambing kepada bayi dan anak
Kandungan kalsium yang tinggi dalam susu sangat baik untuk pembentukan tulang dan gigi kanak-kanak. Keunggulan lain susu kambing adalah susu kambing lebih mudah dicerna. Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Jadi ia sangat baik untuk diet bayi.

4) Manfaat-manfaat yg lain
- Kandungan potassium & calcium yg tinggi serta kandungan sodium yang rendah.
Dapat membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.

- Mengandungi bahan riboflavin
Untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning.

- Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi
Dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis).

- Mengandungi faktor anti barah.
Kandungan mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.

- Kandungan PH beralkali
Maka ianya tidak menjana acid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan acid dalam badan.Kandungan acid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan & otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yg tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.



Haaaaaaaaaa..............banyakkan khasiat Susu Kambing nie...Kepada anak-anak yang alah laktosa, bolehlah berikan susu kambing sebagai alternatif. Saya sendiri dah rasa....tak bau hamis pun SUSU KAMBING RICH GOAT.....nyumm nyummm

No comments: