USUS BERMASALAH MENGUNDANG 1001 PENYAKIT
Usus Kita
  Usus adalah bahagian badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat  daripada makanan dan memproseskan bakinya untuk membentuk bahan buangan  untuk dibasmi atau dibuangkan. Usus manusia terdiri daripada usus besar  dan usus kecil. Kesihatan badan berkait rapat dengan kebersihan kedua  dua usus besar dan usus kecil ini.
Bagaimana Usus Toksin Menjejas Kesihatan Kita?
  Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan  membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan  ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang  normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag. 
Plag  bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan  mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan  tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan  limpa serta meracunkan sistem keseluruhan. Keadaan ini dikenali sebagai usus toksin. 
Jika  badan terpaksa mengeluarkan toksin buangan yang berlebihan untuk  sepanjang masa, maka tidak hairanlah kadang-kala ia akan terjejas  keberkesanannya dan membenarkan penyakit berjangkit. Usus toksin adalah  faktor utama di mana makanan yang dimakan tidak ditolenransi dan membawa  masalah kesihatan. Jika organ utama yang bertanggungjawab mengeluarkan  bahan buangan toksin gagal berfungsi, maka badan kita akan mendapat  penyakit dengan mudah. 
Apabila  badan kita tidak mengeluarkan bahan buangan, toksin-toksin akan  berkumpul di dalam usus dan mengakibatkan auto-intosifikasi ataupun  penghasilan toksin sendiri. Ini juga akan menyebabkan saluran darah yang  melapisi dinding usus menyerap toksin-toksin ini ke dalam aliran darah  dan akhirnya mencemarkan semua organ badan.
  Sebahagian tanda-tanda yang nyata gejala toksin-toksin ini adalah  : cirit birit, masalah sembelit, keletihan, sakit kepala, mata menjadi  kusam, kulit yang bermasalah, berbintik, sakit otot, masalah saraf,  badan dan nafas berbau serta kelihatan murung. 
Masalah Usus Dan Sembelit
Salah  satu masalah usus yang dihadapi kebanyakan orang adalah sembelit.  Sembelit bermaksud masa yang lama diambil untuk melakukan proses  pembuangan toksin. Jika masa pengangkutan ini berpanjangan, lebih  lamalah toksin akan tertinggal di dalam usus dan ini akan membenarkan  bahan-bahan toksin tersebut menjadi busuk, menapai dan kemungkinan  diserap semula ke dalam badan. 
Lebih  lama badan anda terdedah kepada bahan rosak dan toksin ini, lebih besar  risiko pembentukan penyakit. Mukus yang lekit dan licin berlumut  terbentuk diatas dinding dalam usus dan menjadi tempat untuk pembiakan  bakteria, cacing dan parasit. Parasit ini akan menyerap khasiat yang  diperlukan oleh badan dan menjejaskan kesihatan sistem badan. 
Apa Itu Penyahtoksifikasi?
Penyahtoksifikasi  adalah proses pembersihan, peneutralan dan penyingkiran toksin daripada  badan, dan pembersihan mukus yang berlebihan dan sesak. Kebanyakkan  toksin berasal daripada makanan kita, barangan kimia yang digunapakai  dan juga dari pendedahan kepada alam persekitaran. Lemak yang dioksida,  kolesterol, radikal bebas dan molekul-molekul pencemar bertindak sebagai  toksin di dalam badan kita.
  Penghadaman yang tidak sempurna, usus yang bertindak lambat dan  disfungsi, fungsi hati yang lemah dan proses pembuangan melalui ginjal,  saluran pernafasan serta kulit yang lemah akan menambahkan toksin.  Penyahtoksifikasi melibatkan penukaran diet dan cara hidup yang boleh  mengurangkan pengambilan dan memperbaiki pembuangan toksin. 
Kelebihan Pembersihan Usus
Pembersihan  usus adalah proses penyahtoksifikasi badan yang utama. Ia adalah jalan  pemulihan yang penting. Pembersihan usus yang sempurna adalah penting  dan merupakan cara utama untuk mengembalikan badan kita ke tahap yang  seimbang, kesihatan yang bertambah baik dan menambahkan tenaga. Justeru  itu, ia juga membolehkan sistem badan yang lain untuk dibersihkan.  Apabila anda membersihkan usus anda dan mengimbangkan semula bakteria  yang baik dan buruk mempunyai penghasilan enzim yang mencukupi, serta  makanan yang dimakan dan penghasilan vitamin dalaman adalah betul,  makanan yang tidak ditoleransi akan diperbaiki atau hilang. 
Dr. Bernard Jensen, Pd.D telah menekankan kepentingan usus yang sihat. Menurut beliau, "Setiap  tisu dibekalkan dengan darah yang dibekalkan dari sistem usus. Apabila  usus kita kotor, darah juga akan kotor. Oleh itu sistem usus mesti  dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan yang lain boleh dilakukan. 
Melalui kaedah pemakanan, anda dinasihatkan untuk :
  - Kurangkan memakan makanan pedas, berasid tinggi dan yang mengandungi fiber yang tinggi (fiber liat/kasar). 
-  Lebihkan memakan sayur-sayuran atau ulam-ulaman kampung seperti kacang  botol, ulam raja, terung, daun salang, pegaga, petai (sikit-sikit) dan  sebagainya (sayur yang lambat tumbuh). Begitu juga dengan buah-buahan  seperti tembikai, rambutan dan sebagainya. 
-  Sayur-sayuran yang perlu dikurangkan pula ialah sayur-sayuran yang  cepat tumbuh seperti bayam, cendawan (terutamanya cendawan yang tumbuh  selepas hujan) dan sebagainya.
-  Bagi buah-buahan yang perlu dikurangkan pula ialah buah-buahan yang  masam termasuklah cempedak, ciku, pisang dan sebagainya. Buah Seperti  ciku mempunyai fiber yang kasar dan lama-kelamaan boleh menghakis usus  manakala buah pisang dan betik pula cepat busuk dan tidak sesuai diambil  berlebihan kerana ianya akan busuk didalam usus. 
-  Perbanyakkan meminum air mineral dan sebagainya (saranan : 7 hingga 8  gelas sehari). 

 
No comments:
Post a Comment