Blog Nurkhai ... ???



Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...

Selamat Datang kepada yang baru mengenali Blog NurKhai.

Meh nak taaruf sikit mengenai blog ini.

Blog NurKhai ni sebenarnya blog apa yer ???

Blog Personal?

Blog Jualan Produk ??

Blog Artikel ??

Saja-saja kena buat blog ??? Sebab orang lain ada blog, then...saya pun kena ada blog ??

Ehhh....taklah, sebenarnya dah pernah ada beberapa blog dah, tapi tak pernah lah nak maintain...bukan senang nak menulis & mencari idea untuk menulis. Kena ada mood, kena ada feel, soul ...barulah penulisan itu menjadi sesuatu yang bermakna.

Blog NurKhai ... blog personal ker?? Cerita tentang kehidupan peribadi, anak, suami, family ... Nur tidak berapa berminat, mungkin ada di selit sedikit sebanyak, tapi dari sudut pandangan peribadi saya ... kadang-kadang menulis tentang peribadi di blog umum, untuk bacaan seantero dunia di khuatiri membuka keaiban seseorang atau membuat individu lain tidak selesa dengan penulisan blogger sehingga tersentap/tergu
ris hati.

Sebagai blogger bagi blog personal, mereka menulis sesuatu mengikut pandangan peribadi mereka, mereka bercerita tentang kehidupan di sekeliling mereka untuk diabadikan pada masa akan datang, untuk tatapan mereka sendiri dan mereka seronok untuk berkongsi kisah mereka dengan anda. Jadi, tidak seharusnya sebagai pembaca blog mereka untuk menghukum mereka jika ada penulisan blogger itu tidak mengambilkira ketidakselesaan anda.

Jadi, blog NurKhai bukan blog peribadi saya tapi mungkin akan datang saya sendiri tidak tahu statusnya...hahahaha

Blog NurKhai secara ringkasnya, merupakan blog produk yang saya tawarkan kepada anda tentang apa yang saya pernah cuba & rasai sendiri. Tapi, kalau semata blog produk...tanpa ada enty yang baru, nanti blog nie tak hidup....ibarat hidup segan, mati pun takut.

Blog NurKhai juga akan menjadi blog ilmiah dari sudut kesihatan dan kecantikan. Sumbernya mungkin diperolehi daripada pembacaan saya melalui majalah, dari blog-walking untuk rujukan saya. Boleh jadi anda juga berminat dengan apa yang saya temui, insya allah.

Nur berminat juga untuk mengumpulkan tentang penyusuan susu ibu secara eksklusif & info-info keagamaan yang boleh di praktikkan bersama. Ada yang dari FB, dari page-page macam iluvislam.com , halaqah.net  atau dari majalah-majalah islami. Perlu ker dalam Blog ini juga??? dah macam caca-marba laa pulakkan ....

Tapi, kalau dah banyak-banyak blog, yang mana satu pulak nak di update ??? hehehe...maklumlah, temperature virus M tu lebih banyak daripada rajinnya.

Kepada yang mencari tentang produk, setakat ini Nur masukkan Produk ZBM, Maajun Waris Bonda (yang ini dari Kak.Khem), produk sauna (dari Nazcon Sauna) & yang terkini adalah produk menguruskan badan/melangsingkan badan iaitu Bios Slim Life ..boleh usya di tab CEPAT KURUS

Jadi, selamat melayari & selamat membaca. Semoga apa yang saya kongsikan di sini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Assalamualaikum w.b.t

No comments: