Assalamualaikum semua...
Dah agak lama tak mengasah bakat penulisan sekarang nie, memandangkan waktu yang ada agak suntuk & terhad. Tetapi, oleh kerana tak nak bersawang lama sangat blog nie, makanya hari ini nak upload testimoni iMascare pelanggan & ahli pertama ZBM yang mendaftar dengan saya : Puan Salina.
Sambil-sambil review testimoni tu, boleh la bancuh secawan Arpa Cafe yang panas dan dicicah bersama Biskut Kering Cap Ping Pong...
Berminat untuk pesanan?? Boleh KLIK DISINI
Testimoni iMascare ... Produk ZBM
Opsss..malam testimoni produk ZBM
Ok, finally touch up testimoni diri sendiri ... hehehe
Kepada yang berminat, macam biasalah,..boleh buzz Yahoo Messenger, email, atau whatapps sahaja...
Lagi testimoni Produk ZBM : Rich Goat
Labels:
Produk ZBM,
Testimoni Produk ZBM
Testimoni Produk ZBM
Haaa....sedang hujan sekarang nie, alhamdulillah. Sejuk sikit laa malam nanti yer.
Moh kita review sikit testimoni Produk ZBM ... antara killer produk ZBM adalah Jprune & Arpa Cafe. Yang ini diperolehi daripada rakan niaga saya, Kak Khem & group FB ZBM .
Layaannn... zaassssssssssss
Ok...nie ada selanjutnya, pengakuan dari pengguna Jprune & Arpa Cafe
dari testimoni di atas.
Kat bawah ni pulak, saya masukkan testimoni Produk ZBM iaitu i-Mascare yang membantu pesakit kencing manis.
Kepada yang berminat untuk mendapatkan produk, boleh email ke norazlinanajib@gmail.com atau whatapps : 016-4442134
Bonus Pertama dengan ZBM
Assalamualaikum w.b.t kepada semua pembaca & follower2.. (ada ke)
Hoyeee..semalam dah post yang propa posting.
Arini nak POYO posting hokkay...
Kelmarin dah tahu dah, semua pengedar & ahli yang cukup 100pv akan dapat imbuhan masing-masing. Admin BlogNurkhai just semak melalui penyata online sahajalah memandangkan syarikat ZBM dah efektif menyediakan data-data lengkap di sistem ZBM tu.
So, bila tengok penyata online....ohh, cukup syukur...first month dah dapat banyak nie...oklah kan dari RM7.50, RM10.30 kee...
Tapi, bila sampai penyata di tangan ..... wuhuuuuuuu, berganda mak dapat nyahhhhh. Mak lupa laa yang dalam ZBM nie ada bonus penajaan. Maksudnya sesiapa yang membeli produk ZBM dengan keahlian ZBM Percuma, pengenal akan dapat insentif tajaan.
Fuhhh....alhamdulillah...double syukurlah kan, sebab bonus yang dapat boleh support penggunaan produk ZBM untuk 2 bulan!!
Atau vice versa --- admin BlogNurKhai menyertai ZBM melalui Pakej Usahawan Bijak (PUB) RM399.00 dan dalam bulan yang pertama, saya dah dapat balik apa yang saya keluarkan untuk join ZBM ..... haaa, clue dah tu clue..
Moralnya : Sesiapa yang berusaha, dialah yang akan dapat.
Siapa yang rajin, dia akan dapat lebih.
Siapa yang berminat, boleh email ke norazlinanajib@gmail.com atau
whatapps : 016-4442134
Saya Nak Kurus...Jom Diet ...
Hummm...propa sangatkan tajuk kali ini ??? Ditambah pulak dengan gambar yang sah-sah tengah stress nak kurus.
Heheheh...sebenarnya, tajuk entry nie berkaitan dengan blog-blog/web-web yang berkaitan dengan diet, kesihatan, motivasi kurus, tips-tips kurus & 1001 isu yang semuanya berkaitan dengan kesihatan.
Jadi, saya kumpulkan dalam satu post, supaya mudah untuk saya mengikuti segala info-info terkini. Mungkin anda juga berminat untuk follow blog nie,juga kan ???
Senarai blog rujukan NurKhai :-
Labels:
Jom Diet,
Kuruskan Badan,
nak kurus,
petua kurus,
Produk Kurus
Azam 2012 .... ?? Moh review
Setiap awal tahun, mesti perkara yang naik cemuih dengar adalah :
"Ehh..apa azam korang tahun nie erkk...?"
"eleee.....azam tiap2 tahun sama jerk...tapi tak pernah tercapai, duk carry forward mende yang sama"
"Azam tahun nie, nak kurus...(ok, nie azam yang di carry 10 tahun lepas), nak berhenti merokok (tapi tak berhenti-henti, biarpun kerajaan dah naikkan cukai, naikkan harga), nak study hard (utk student yang ada periksa besar), etc..."
Dah jadi macam lumrah, setiap awal tahun (normally, tahun Masihi laa korang duk pasang azam) mesti berazam & hari ini dah 1 April 2012...dah berlalu 91 hari bagi tahun 2012. Bagaimana prestasi / tolok ukur bagi keazaman anda ???
Hummm...bagi saya, 2012 adalah tahun untuk kesihatan since usia sudah menganjak ke 30-an, maka kesihatan itu lebih utama dari yang lain. Kerana apa ??
Bila masuk tentang pemakanan, nampaknya akhir-akhir ini jarang sekali makan sayur/buah-buahan atau makanan berserat tinggi. Pengambilan lebih kepada daging, sotong, udang yang diketahui ramai kadar kandungan asid uric lebih tinggi dari ikan.
menu steamboat di Seoul Garden
Ditambah pula dengan aktiviti kecergasan yang jarang-jarang sekali dilakukan. Perancangan asal adalah untuk menggunakan tangga dengan lebih kerap, berjalan kaki lebih jauh dengan meletakkan kereta jauh dari pejabat. Guna tangga tu rasanya mampu memanjat utk 2 tingkat sahaja, selebihnya naik lif...hehehe...
Berjalan kaki pula kalau boleh biarlah dengan kadar pantas, bukannya seperti lenggang mak limah nak ke pasar sahaja kan...peluh pun malu-malu alah aje nak keluar.
Meh kita study sikit tentang kelebihan berjalan kaki :
Manfaat Berjalan Kaki :
1. Kurangkan risiko diabetes
Kajian terbaru mendapati berjalan kaki secara perlahan mengurangkan risiko diabetes.
2. Kurangkan risiko strok
Berjalan kaki secara sederhana selama 30 minit sehari menurunkan risiko strok. Iaitu pengurangan sekitar 40%. Sebaiknya lakukan aktiviti jalan kaki ini 5 kali seminggu.
3. Kurangkan risiko kanser payudara
Berjalan kaki bukan setakat boleh mengurangkan risiko barah payudara. Malah ia membantu si pesakit melawannya. Jadi, apa tunggu lagi??
4. Menguatkan daya ingatan
Kajian dari Itali mendapati berjalan kaki atau melakukan aktiviti lain seperti berkebun mampu mengurangkan 27% risiko mendapat demensia. Hasil ini diperolehi setelah menelitinya selama 4 tahun.
Demensia merupakan sejenis penyakit otak yang menyebabkan fungsi seseorang menurun dengan cepat. Contohnya seperti kurangnya daya ingatan, daya berfikir serta pergaulan.
Dimensia ini boleh dialami oleh sesiapa saja. Tetapi biasanya oleh mereka yang berumur 40-an ke dan atas.
Oleh itu, lakukanlah aktiviti jalan kaki ini bagi melancarkan aliran darah anda ke otak.
5. Memperbaiki kehidupan seks
Ah-ha! Bagi pasangan yang dah lama berkahwin mesti suka, kan?
Menurut kajian lagi membabitkan wanita 45-55 tahun, mereka yang menjadikan aktiviti jalan kaki sebagai rutin akan dapat ...meningkatkan rangsangan seks & meningkatkan kepuasan seks kerana pengaliran darah yang lebih lancar.
whooaa ....... banyak manfaatnya...jadi, jom kita mulakan aktiviti berjalan kaki 20-30minit selama 5 hari dalam seminggu.
whooaa ....... banyak manfaatnya...jadi, jom kita mulakan aktiviti berjalan kaki 20-30minit selama 5 hari dalam seminggu.
Labels:
Azam,
Bios Slim Life,
nak kurus
Kepentingan Detox
USUS BERMASALAH MENGUNDANG 1001 PENYAKIT
Usus Kita
Usus adalah bahagian badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat daripada makanan dan memproseskan bakinya untuk membentuk bahan buangan untuk dibasmi atau dibuangkan. Usus manusia terdiri daripada usus besar dan usus kecil. Kesihatan badan berkait rapat dengan kebersihan kedua dua usus besar dan usus kecil ini.
Bagaimana Usus Toksin Menjejas Kesihatan Kita?
Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag.
Plag bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem keseluruhan. Keadaan ini dikenali sebagai usus toksin.
Jika badan terpaksa mengeluarkan toksin buangan yang berlebihan untuk sepanjang masa, maka tidak hairanlah kadang-kala ia akan terjejas keberkesanannya dan membenarkan penyakit berjangkit. Usus toksin adalah faktor utama di mana makanan yang dimakan tidak ditolenransi dan membawa masalah kesihatan. Jika organ utama yang bertanggungjawab mengeluarkan bahan buangan toksin gagal berfungsi, maka badan kita akan mendapat penyakit dengan mudah.
Apabila badan kita tidak mengeluarkan bahan buangan, toksin-toksin akan berkumpul di dalam usus dan mengakibatkan auto-intosifikasi ataupun penghasilan toksin sendiri. Ini juga akan menyebabkan saluran darah yang melapisi dinding usus menyerap toksin-toksin ini ke dalam aliran darah dan akhirnya mencemarkan semua organ badan.
Sebahagian tanda-tanda yang nyata gejala toksin-toksin ini adalah : cirit birit, masalah sembelit, keletihan, sakit kepala, mata menjadi kusam, kulit yang bermasalah, berbintik, sakit otot, masalah saraf, badan dan nafas berbau serta kelihatan murung.
Masalah Usus Dan Sembelit
Salah satu masalah usus yang dihadapi kebanyakan orang adalah sembelit. Sembelit bermaksud masa yang lama diambil untuk melakukan proses pembuangan toksin. Jika masa pengangkutan ini berpanjangan, lebih lamalah toksin akan tertinggal di dalam usus dan ini akan membenarkan bahan-bahan toksin tersebut menjadi busuk, menapai dan kemungkinan diserap semula ke dalam badan.
Lebih lama badan anda terdedah kepada bahan rosak dan toksin ini, lebih besar risiko pembentukan penyakit. Mukus yang lekit dan licin berlumut terbentuk diatas dinding dalam usus dan menjadi tempat untuk pembiakan bakteria, cacing dan parasit. Parasit ini akan menyerap khasiat yang diperlukan oleh badan dan menjejaskan kesihatan sistem badan.
Apa Itu Penyahtoksifikasi?
Penyahtoksifikasi adalah proses pembersihan, peneutralan dan penyingkiran toksin daripada badan, dan pembersihan mukus yang berlebihan dan sesak. Kebanyakkan toksin berasal daripada makanan kita, barangan kimia yang digunapakai dan juga dari pendedahan kepada alam persekitaran. Lemak yang dioksida, kolesterol, radikal bebas dan molekul-molekul pencemar bertindak sebagai toksin di dalam badan kita.
Penghadaman yang tidak sempurna, usus yang bertindak lambat dan disfungsi, fungsi hati yang lemah dan proses pembuangan melalui ginjal, saluran pernafasan serta kulit yang lemah akan menambahkan toksin. Penyahtoksifikasi melibatkan penukaran diet dan cara hidup yang boleh mengurangkan pengambilan dan memperbaiki pembuangan toksin.
Kelebihan Pembersihan Usus
Pembersihan usus adalah proses penyahtoksifikasi badan yang utama. Ia adalah jalan pemulihan yang penting. Pembersihan usus yang sempurna adalah penting dan merupakan cara utama untuk mengembalikan badan kita ke tahap yang seimbang, kesihatan yang bertambah baik dan menambahkan tenaga. Justeru itu, ia juga membolehkan sistem badan yang lain untuk dibersihkan. Apabila anda membersihkan usus anda dan mengimbangkan semula bakteria yang baik dan buruk mempunyai penghasilan enzim yang mencukupi, serta makanan yang dimakan dan penghasilan vitamin dalaman adalah betul, makanan yang tidak ditoleransi akan diperbaiki atau hilang.
Dr. Bernard Jensen, Pd.D telah menekankan kepentingan usus yang sihat. Menurut beliau, "Setiap tisu dibekalkan dengan darah yang dibekalkan dari sistem usus. Apabila usus kita kotor, darah juga akan kotor. Oleh itu sistem usus mesti dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan yang lain boleh dilakukan.
Melalui kaedah pemakanan, anda dinasihatkan untuk :
- Kurangkan memakan makanan pedas, berasid tinggi dan yang mengandungi fiber yang tinggi (fiber liat/kasar).
- Lebihkan memakan sayur-sayuran atau ulam-ulaman kampung seperti kacang botol, ulam raja, terung, daun salang, pegaga, petai (sikit-sikit) dan sebagainya (sayur yang lambat tumbuh). Begitu juga dengan buah-buahan seperti tembikai, rambutan dan sebagainya.
- Sayur-sayuran yang perlu dikurangkan pula ialah sayur-sayuran yang cepat tumbuh seperti bayam, cendawan (terutamanya cendawan yang tumbuh selepas hujan) dan sebagainya.
- Bagi buah-buahan yang perlu dikurangkan pula ialah buah-buahan yang masam termasuklah cempedak, ciku, pisang dan sebagainya. Buah Seperti ciku mempunyai fiber yang kasar dan lama-kelamaan boleh menghakis usus manakala buah pisang dan betik pula cepat busuk dan tidak sesuai diambil berlebihan kerana ianya akan busuk didalam usus.
- Perbanyakkan meminum air mineral dan sebagainya (saranan : 7 hingga 8 gelas sehari).
Labels:
Bios Slim Life,
Clear30days,
Detox,
Jprune
Subscribe to:
Posts (Atom)