Permulaan 2014 yang mencabar...

Lately, Nur Khaliqah kerap demam, batuk dan as usual, dah pasti akan mengunjungi Poliklinik An-Nur BTHO untuk pemeriksaan & ambil nebulizer.

Paling tak boleh dilupakan bila starting Sabtu [18.01.2014], kakak bermula dengan tak mahu makan, hanya berbekalkan roti 2 keping & milo secawan di awal pagi..waktu makan seterusnya kakak tak mahu menjamah apa jua makanan. Jam 9pm, kakak minta susu coklat Dutch Lady dan umi membenarkan sahaja tanpa berfikir apa jua kerana itu minuman biasa yang kakak minta selain dari ribena & yogurt bliss.

Jam 2.30am, kakak merengek & mengadu nak muntah. Tak sempat nak capai apa pun, habis comforter opah dengan cairan lendir berwarna coklat !!! Hati si ibu mula dah libang libu, tapi buat muka kering aje...nak kata susu tadi masam, dah memang wajib umi akan rasa dulu apa jua makanan atau minuman yang diberikan kepada kakak..maklumlah benda bersusu nie sensitif sikit. Namun, terdetik juga, mungkin kahak masa batuk & demam 2 minggu lepas baru nak dikeluarkan [ce tgk rentetan 2014 bermula dengan kakak demam & bernafas yang agak laju sehingga nebulizer as usual]

Selepas muntah, kakak akan diberi minum air putih ... & selang setengah jam kakak mengadu nak muntah lagi, kali nie opah cuba nak bawa ke bilik air, namun selangkah kaki menapak, terhambur semua isi perut ..lagi cairan lendir berwarna coklat ???!!! Cerita selanjutnya, adalah sesi minum & muntah..apa jua minuman (masa ini kakak cuma minta air putih sahaja), lepas minum muntah,...minum & muntah sampai ke subuh.

Menjelang siang, mencari klinik yang buka seawal pagi [Poliklinik An-Nur BTHO beroperasi jam 4pm pada hari Ahad]..huhuhu, so doktor just bagi ORS, ubat perut & apa entah satu lagi...sempat juga kakak muntah depan kaunter klinik & 2 kali dalam kereta ...mujur keluar air sahaja sebab itu aje yang masuk dalam perut. Jam 9pm, seperti biasa umi nak juga kakak di periksa detail di Poliklinik An-Nur sebab kewibawaaan doktor di klinik siang tadi agak tercalar bila mana nurse yang mencadangkan apa yang perlu di beri & doktor mengiyakan sahaja??? Sementara menunggu nama di panggil - malam itu agak ramai pesakit, kakak sempat terlelap tanpa bermain di Children's Corner.

Usai diperiksa, doktor Razman mencadangkan kakak kena drip &  cucuk ubat oleh kerana kakak reject ubat untuk di makan. Ya Allah, baru 2 minggu lepas kakak kena cucuk di tangan untuk kuatkan paru-paru akibat helaan nafas yang agak berat di malam hari & kini, kakak di cucuk lagi ?? Allahuakbar...umi as usual muka & hati kena kering sebab umi nak tunjuk kuat pada kakak & opah. Kalau umi pun sudah dalam hati ada tangis, kakak apatah lagi...

Umi dah terfikir untuk pemeriksaan selanjutnya di Pantai Medical Centre Cheras atau KPJ Kajang memandangkan umi dah prepare medical card PruBSN yang melayakkan kakak untuk mendapatkan rawatan lanjut. Tapi umi rasa dalam keadaan umi berbadan dua begini, peluang umi untuk bersama kakak agak terhad...at least kalau di rumah, kakak baring, umi pun baring, kan?? Memandangkan Poliklinik An-Nur Khaliqah [sejak bila kakak ada share kat sini??? heheh] dekat & mempunyai bilik rawatan yang dilengkapi kemudahan drip, maka umi menangguhkan hasrat tersebut. Doktor pun advise untuk recover dalam tempoh 2 hari sebelum admit wad...


Gambar semasa hari pertama muntah-muntah & berat badan pun dari 13.3kg susut hingga 12.6kg ...aduhai, mata pun nampk dalam & cengkung..

Ok, umi bagi tempoh 2 hari...& pada masa yang sama umi tak boleh duduk diam menanti keajaiban berlaku bila mana kakak nak sihat...no-no-no, so...umi google cari solution yang boleh boost selera makan kakak... 

Pencarian bermula ....

No comments: