Azam 2012 .... ?? Moh review

Setiap awal tahun, mesti perkara yang naik cemuih dengar adalah :

"Ehh..apa azam korang tahun nie erkk...?"

"eleee.....azam tiap2 tahun sama jerk...tapi tak pernah tercapai, duk carry forward mende yang sama"

"Azam tahun nie, nak kurus...(ok, nie azam yang di carry 10 tahun lepas), nak berhenti merokok (tapi tak berhenti-henti, biarpun kerajaan dah naikkan cukai, naikkan harga), nak study hard (utk student yang ada periksa besar), etc..."

Dah jadi macam lumrah, setiap awal tahun (normally, tahun Masihi laa korang duk pasang azam) mesti berazam & hari ini dah 1 April 2012...dah berlalu 91 hari bagi tahun 2012. Bagaimana prestasi / tolok ukur bagi keazaman anda ??? 

Hummm...bagi saya, 2012 adalah tahun untuk kesihatan since usia sudah menganjak ke 30-an, maka  kesihatan itu lebih utama dari yang lain. Kerana apa ??

Sebab terasa diri dah tua kot..hahahaha. Dan percayalah kesihatan bermula dari pola pemakanan seharian & aktiviti kecergasan yang dilakukan. 

Bila masuk tentang pemakanan, nampaknya akhir-akhir ini jarang sekali makan sayur/buah-buahan atau makanan berserat tinggi. Pengambilan lebih kepada daging, sotong, udang yang diketahui ramai kadar kandungan asid uric lebih tinggi dari ikan. 

 menu steamboat di Seoul Garden


Ditambah pula dengan aktiviti kecergasan yang jarang-jarang sekali dilakukan. Perancangan asal adalah untuk menggunakan tangga dengan lebih kerap, berjalan kaki lebih jauh dengan meletakkan kereta jauh dari pejabat. Guna tangga tu rasanya mampu memanjat utk 2 tingkat sahaja, selebihnya naik lif...hehehe...


Berjalan kaki pula kalau boleh biarlah dengan kadar pantas, bukannya seperti lenggang mak limah nak ke pasar sahaja kan...peluh pun malu-malu alah aje nak keluar. 


Meh kita study sikit tentang kelebihan berjalan kaki :


Manfaat Berjalan Kaki :
1. Kurangkan risiko diabetes

Kajian terbaru mendapati berjalan kaki secara perlahan mengurangkan risiko diabetes.


2. Kurangkan risiko strok

Berjalan kaki secara sederhana selama 30 minit sehari menurunkan risiko strok. Iaitu pengurangan sekitar 40%. Sebaiknya lakukan aktiviti jalan kaki ini 5 kali seminggu.


3. Kurangkan risiko kanser payudara

Berjalan kaki bukan setakat boleh mengurangkan risiko barah payudara. Malah ia membantu si pesakit melawannya. Jadi, apa tunggu lagi??


4. Menguatkan daya ingatan

Kajian dari Itali mendapati berjalan kaki atau melakukan aktiviti lain seperti berkebun mampu mengurangkan 27% risiko mendapat demensia. Hasil ini diperolehi setelah menelitinya selama 4 tahun.

Demensia merupakan sejenis penyakit otak yang menyebabkan fungsi seseorang menurun dengan cepat. Contohnya seperti kurangnya daya ingatan, daya berfikir serta pergaulan.

Dimensia ini boleh dialami oleh sesiapa saja. Tetapi biasanya oleh mereka yang berumur 40-an ke dan atas.

Oleh itu, lakukanlah aktiviti jalan kaki ini bagi melancarkan aliran darah anda ke otak.

5. Memperbaiki kehidupan seks

Ah-ha! Bagi pasangan yang dah lama berkahwin mesti suka, kan?

Menurut kajian lagi membabitkan wanita 45-55 tahun, mereka yang menjadikan aktiviti jalan kaki sebagai rutin akan dapat ...meningkatkan rangsangan seks & meningkatkan kepuasan seks kerana pengaliran darah yang lebih lancar.

whooaa ....... banyak manfaatnya...jadi, jom kita mulakan aktiviti berjalan kaki 20-30minit selama 5 hari dalam seminggu.

No comments: