Diet dengan Bawang Putih

BAWANG PUTIH TINGKATKAN SISTEM IMUNISASI BADAN

Bawang putih telah digunakan sejak beribu tahun dulu, samaada digunakan dalam perubatan, mahupun masakan dirumah. Kebanyakan resepi masakan menggunakan bawang putih. Ia mempunyai daun dan bebawang yan
g berada didalam Tanah yang cetek.

Tumbuhan ini dipercayai berasal dari tengah pergunungan Asia Tajikstan, Turkmenia, Uzbekistan, Utara Iran, Afganistan dan Pakistan. Walaubagaimanapun penanamannya secara komersial mendapat penekanan di China dan Korea.

Antara kebaikan ataupun khasiat bawang putih yang diketahui adalah:

#1 : KURANGKAN RISIKO ANGIN AHMAR
Bawang putih mampu menghasilkan oksida nitric di bahagian dinding saluran darah. Ia membantu untuk mengembangkan dan mengawal tekanan darah dengan baik dan seterusnya mengelakkan risiko dari terkena penyakit darah tinggi dan angina ahmar.

#2 : ELAK KANSER
Bawang putih kaya dengan bahan antioksida seperti selenium. Ini membolehkan ia mampu mengurangkan radikal dalam darah dan menjadi agen pengelak kanser. Jadi, pengamalan bawang putih dalam diet harian sangat digalakkan.

#3: AGEN ANTI BAKTERIA DAN ANTI VIRUS
Allicin yang terkandung didalamnya bertindak sebagai antivirus dan antibakteria. Malah mampu memusnahkan beberapa jenis mikro bakteria. Sangat sesuai untuk mengatasi masalah jangkitan pada perut, influenza dan lain-lain.

#4 : MENINGKATKAN SISTEM IMUNISASI
Dengan mengamalkan 2-3 ulas sehari mampu meningkatkan aktiviti sel darah putih dan melawan jangkitan dan  tumor.

#5 : ANTI INFLAMASI
Sejenis bahan anti-inflamasi yang terkandung didalamnya sangat membantu dalam masalah asthma, inflamasi arthritis di bahagian sendi seperti reumatik atau osteoarthritis.

Pada masa yang sama, ia juga berfungsi untuk merembeskan gastrik asid di bahagian lapisan perut sekaligus mempercepatkan proses pencernaan di saluran makanan.

#6 : MERENDAHKAN TAHAP KOLESTEROL
Kandungan di-sulphide yang terkandung dalam bawang putih membantu kurangkan tahap kolesterol dalam salur darah seterusnya mengurangkan risiko terkena penyakit jantung.

#7 : MENGURANGKAN ANGIN DALAM BADAN
Rasanya yang ini semua orang tahu kan!! Cara yang mudah jika tiba-tiba perut kembung dan rasa dimasuki angin. Hanya ambil 2 ulas bawang putih, bakar, buang kulitnya dan makan!! Dipercayai angin yang berkumpul di perutakan berkurangan dan memberi kelegaan.

Sumber : Mingguan Wanita BIL : 1655



Posted via Blogaway



Terima kasih sebab sudi baca..dah baca,bolehla komen di bawah !!