Anak hilang selera makan ....

Sambungan dari sini ....

Sebelum ini, kakak memang seorang pemakan ... bukanlah makna kata apa di depan mata semuanya kakak telan, tapi kakak seorang picky eater atau pemilih makanan. Sayur-sayuran memang letak tepi atau umi yang habiskan, daging ayam setakat secubit dua ... yang kerap di pinta telur hancur, telur dadar, telur rebus...telur, telur & telur letak kicap..sejak akhir-akhir ini sahaja pandai request sambal sotong, tapi sambal ajelah makannya...sotong tu macam hiasan.

Jadinya, bila hilang 100% selera makan, perut dah masuk angin sampai reject semua makanan & hatta minuman, maka umi perlukan alternatif untuk boost selera makan kakak, supaya kakak ada energy, kakak kena aktif, kakak kena sihat. Tidaklah sampai melepek 24jam di tilam depan tv sehinggakan nak ke bilik air untuk mandi & buang air pun perlu umi dukung...ya Allah, walaupun 12kg nampak ringan tetapi dalam keadaan umi berdua, umi perlu elakkan dari mengangkat yang berat-berat. Umi tawakkal sahaja, kerana bagi umi kedua-duanya amanah Allah & perlu dijaga sebaik2nya. Umi beli semua makanan yang  biasa adik makan, coklat kit-kat, coklat M & M (mahal nokss....tapi nak pancing minat untuk makan something yang bergula, ku beli jua), namun kakak pandang sebelah mata sahaja.

Hasil pencarian di google, umi dapati mealshake dari Shaklee boleh membantu masalah kakak....tak perlu tunggu lama-lama, umi message kenalan umi - Mami Damia & Aishah bertanyakan sekiranya ada stok in hand, mami jawab ada di rumah...ohh, ok umi tak mahu tunggu lama-lama, nanti jalan jem waktu orang balik kerja, maka for the first time umi terjah rumah upline - Kak Yusrina. Berpandukan waze, & sesat barat juga..umi berjaya mendapatkan stok meal shake & tambahan Performance Drink berserta advise2 tambahan dari Kak Yus....syukran jazilan.




Mealshake untuk boost selera makan & Performance Drink(PD) sebagai pegganti ORS untuk mengelakkan kakak dehidrate. Balik jer dari memboong stok sendiri, kakak minta umi sediakan air milo...alhamdulillah, kakak minta minuman bergula, maka umi ada peluang masukkan 1 scoop mealshake & 1/2 teaspoon PD, syukur....kakak habiskan 3/4 mug [dahaga barangkali].

Selepas 4 hari kakak reject semua makanan yang umi tawarkan, akhirnya bersuara juga kakak nak jamah sup....umi memang dah standby ayam & ketam untuk dibuat sup sekiranya kakak minta [resepi mudah disediakan]. Alhamdulillah, walaupun hanya 4 sudu sup & 1 sudu nasi, itu satu permulaan yang cukup baik. Esoknya pagi-pagi, kakak minta umi sediakan lagi milo - dan tambahan 1 scoop mealshake...alhamdulillah, tengaharinya kakak minta makan sup lagi....& opah sediakan sup ketam special untuk kakak, cuma kakak mampu habiskan 3 sudu kecil nasi & 5 sudu sup..its ok, doktor kata untuk permulaan..cuma kakak masih lemah & umi masih perlu memangku kakak utk ke bilik air. Umi pun penat sangat minggu tue sehingga umi rasa umi perlu mengambil cuti sepanjang minggu untuk memantau kesihatan kakak. Secara tak langsung, Mealshake & PD yang mulanya dibelikan untuk anak, umi pun boleh tumpang sekaki juga...

Kakak betul-betul recover dari masalah hilang selera makan & lemah daya badan hanya pada hari Jumaat, itupun longgar lutut, nak berdiri pun xlarat...mencangkung pun tertonggeng ke belakang, aduhai...berdiri pun tertiarap di lantai bilik air, Allahuakbar, mujur tiada sebarang kecederaan tambahan. 

Kepada ibu-ibu, bapa-bapa siapa yang punya anak ..bilang aku..aku yang ada stok mealshake...heheh [cilok lagu famous kejap], mungkin boleh cuba berikan mealshake kepada anak anda & tunggu....bukan hanya kepada anak sahaja je tau..Jom kenali lebih dalam tentang MS -


6 fakta tentang Mealshake:


1. Nutrisi Lengkap Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak. *Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.

2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya. *Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

3. Untuk Pembesaran Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar. *Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.

4. Anti-oksida Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan. *Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.

5. Pemulihan Kulit Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit. *Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.

6.Detox Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut. *Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.

Antara kebaikan Mealshake ini ialah : 

  • rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
  • sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas 
  • sesuai untuk seisi keluarga
  • Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga
  • Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral sertakalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
  • Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
  • Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
  • Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
  • Meningkatkan selera makan anak
  • Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
  • Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
  • menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
  • amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti

Terima kasih sebab sudi baca..dah baca,bolehla komen di bawah !!

Permulaan 2014 yang mencabar...

Lately, Nur Khaliqah kerap demam, batuk dan as usual, dah pasti akan mengunjungi Poliklinik An-Nur BTHO untuk pemeriksaan & ambil nebulizer.

Paling tak boleh dilupakan bila starting Sabtu [18.01.2014], kakak bermula dengan tak mahu makan, hanya berbekalkan roti 2 keping & milo secawan di awal pagi..waktu makan seterusnya kakak tak mahu menjamah apa jua makanan. Jam 9pm, kakak minta susu coklat Dutch Lady dan umi membenarkan sahaja tanpa berfikir apa jua kerana itu minuman biasa yang kakak minta selain dari ribena & yogurt bliss.

Jam 2.30am, kakak merengek & mengadu nak muntah. Tak sempat nak capai apa pun, habis comforter opah dengan cairan lendir berwarna coklat !!! Hati si ibu mula dah libang libu, tapi buat muka kering aje...nak kata susu tadi masam, dah memang wajib umi akan rasa dulu apa jua makanan atau minuman yang diberikan kepada kakak..maklumlah benda bersusu nie sensitif sikit. Namun, terdetik juga, mungkin kahak masa batuk & demam 2 minggu lepas baru nak dikeluarkan [ce tgk rentetan 2014 bermula dengan kakak demam & bernafas yang agak laju sehingga nebulizer as usual]

Selepas muntah, kakak akan diberi minum air putih ... & selang setengah jam kakak mengadu nak muntah lagi, kali nie opah cuba nak bawa ke bilik air, namun selangkah kaki menapak, terhambur semua isi perut ..lagi cairan lendir berwarna coklat ???!!! Cerita selanjutnya, adalah sesi minum & muntah..apa jua minuman (masa ini kakak cuma minta air putih sahaja), lepas minum muntah,...minum & muntah sampai ke subuh.

Menjelang siang, mencari klinik yang buka seawal pagi [Poliklinik An-Nur BTHO beroperasi jam 4pm pada hari Ahad]..huhuhu, so doktor just bagi ORS, ubat perut & apa entah satu lagi...sempat juga kakak muntah depan kaunter klinik & 2 kali dalam kereta ...mujur keluar air sahaja sebab itu aje yang masuk dalam perut. Jam 9pm, seperti biasa umi nak juga kakak di periksa detail di Poliklinik An-Nur sebab kewibawaaan doktor di klinik siang tadi agak tercalar bila mana nurse yang mencadangkan apa yang perlu di beri & doktor mengiyakan sahaja??? Sementara menunggu nama di panggil - malam itu agak ramai pesakit, kakak sempat terlelap tanpa bermain di Children's Corner.

Usai diperiksa, doktor Razman mencadangkan kakak kena drip &  cucuk ubat oleh kerana kakak reject ubat untuk di makan. Ya Allah, baru 2 minggu lepas kakak kena cucuk di tangan untuk kuatkan paru-paru akibat helaan nafas yang agak berat di malam hari & kini, kakak di cucuk lagi ?? Allahuakbar...umi as usual muka & hati kena kering sebab umi nak tunjuk kuat pada kakak & opah. Kalau umi pun sudah dalam hati ada tangis, kakak apatah lagi...

Umi dah terfikir untuk pemeriksaan selanjutnya di Pantai Medical Centre Cheras atau KPJ Kajang memandangkan umi dah prepare medical card PruBSN yang melayakkan kakak untuk mendapatkan rawatan lanjut. Tapi umi rasa dalam keadaan umi berbadan dua begini, peluang umi untuk bersama kakak agak terhad...at least kalau di rumah, kakak baring, umi pun baring, kan?? Memandangkan Poliklinik An-Nur Khaliqah [sejak bila kakak ada share kat sini??? heheh] dekat & mempunyai bilik rawatan yang dilengkapi kemudahan drip, maka umi menangguhkan hasrat tersebut. Doktor pun advise untuk recover dalam tempoh 2 hari sebelum admit wad...


Gambar semasa hari pertama muntah-muntah & berat badan pun dari 13.3kg susut hingga 12.6kg ...aduhai, mata pun nampk dalam & cengkung..

Ok, umi bagi tempoh 2 hari...& pada masa yang sama umi tak boleh duduk diam menanti keajaiban berlaku bila mana kakak nak sihat...no-no-no, so...umi google cari solution yang boleh boost selera makan kakak... 

Pencarian bermula ....

Terima kasih sebab sudi baca..dah baca,bolehla komen di bawah !!

Lagi 1st post untuk 2014 ???

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua readers [ehh...ko budget ada pembaca setia untuk blog setahun hanya sekali???] Entahlah, payah kalau semua buat ikut mood kan ?? Arrghh..alasan semua itu, ketepikan semua alasan-alasan goblok itu
Sebenarnya banyak entri pendek2 di FB personal / ke FB page, maklumlah ruangan itu yang paling pantas post, tapi bila dah update di sana, tak reti-reti pula nak tulis pendek-pendek, dasar ketamakan...hahaha..

Moga-moga post yang ini bukanlah first & last untuk tahun 2014...

Terima kasih sebab sudi baca..dah baca,bolehla komen di bawah !!