Semalam dah buat entry Part 1 : Bahan Kandungan Dalam CoPlus, jadi hari ini kita sambung semula
pembelajaran pengetahuan dalam produk...hummm, apa yang membuatkan CoPlus ini mahal....errrr, mahal laa kan RM39.60 untuk 15 sachet...pergghh, 1 sachet untuk RM2.65 ....ker korang rasa murah?? hehhehe
Setelah di cari gali, hummm..patotlah mahalkan..dengan daun pegaga, serbuk koko, gingko biloba, kurma, kismis, buah tin, buah prune lagi...memang wajarlah dengan harga yang sebegitu rupa.
Umum diketahui khasiat-khasiat bahan di atas, apalagi kalau di campur dan dihasilkan dalam 1 produk...so, jom review info selanjutnya di bawah.
SERBUK KOKO
Buah koko telah dijumpai di Amazon, South Amerika beribu tahun yang lalu. Sejak itu, koko adalah makanan atau minuman berkhasiat yang telah banyak dinikmati dan disukai oleh semua peringkat umur. Koko mengandungi polyphenois & filavanois yang menjadi agen kuat kepada antioksida.
Antara potensi khasiat koko adalah:
1) Mengurangkan risiko penyakit sistem peredaran & penafasan
2) Meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dari LDL.
3) Mengurangkan risiko penyakit jantung.
4) Mengurangkan risiko penyakit darah tinggi
5) Tidur malam yang nyenyak.
GINGKO BILOBA
Gingko adalah spesis pokok tertua didunia. Di Eropah & Amerika Syarikat, makanan tambahan dari gingko adalah bahan herba yang tinggi jualannya termasuk di France & German. Gingko secara tradisional digunakan untuk mempertingkatkan daya ingatan, konsentrasi minda dan memperbaiki sistem peredaran darah didalam badan. Gingko juga mengandungi 2 jenis antioksida iaitu flavanoids & terpenoids yang dapat mengurangkan atau menghalang radikal bebas dalam badan yang dipercayai menjadi penyebab penyakit seperti sakit jantung, kanser dan penyakit alzheimer's dan lain lain penyakit pelupa dan hilang ingatan.
KISMIS
Kismis adalah makanan & manisan semulajadi. Ianya adalah sumber yang baik untuk fiber, vitamin & mineral seperti Vitamin B, Kalsium, Potasium, dan zat besi. Kismis juga adalah antioksida yang baik untuk melambatkan proses penuaan.. Kismis mempunyai kandungan fruktos yang tinggi dan tidak mengandungi bahan pengawet. Di kebanyakan negara, kismis juga dikatakan makanan yang baik untuk minda.
KURMA
Kurma adalah makanan seimbang yang baik untuk penghadaman makanan. Ia mampu memberi tenaga kepada badan manusia yang lesu dan baik untuk wanita sebelum dan selepas bersalin. Khasiatnya adalah tidak terkira dan kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang baik untuk tumbesaran otot. Ia dapat membantu penyakit sembelit, penyakit usus dan masalah jantung.
BUAH TIN
Buah Tin adalah juga buah terawal sejak 60 Masihi. Buah tin mempunyai kemanisan semulajadi dan serat yang tinggi yang dapat membantu system pencernaan. Ia mengandungi vitamin dan mineral seperti kalsium, magnesium dan potassium yang penting untuk mengawal darah dan tahap kolestrol serta tahap alkali yang seimbang dalam badan.
Terkandung didalam surah At-Tin di mana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan buah zaitun . Apakah keistimewaan buah tin dan zaitun ini sehinggakan Allah bersumpah diatasnya? Ada beberapa hadis dan riwayat yang menerangkan tentang fadhilat dan kelebihan buah-buah ini.
Diantara kelebihan buah tin:
Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin. Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.
Kemudian baginda SAW bersabda :”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”
Sesetengah ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpah dengan buah tin kerana dengan buah inilah yang menjadi penutup aurat Nabi Adam dan Hawa di dalam Syurga sewaktu Allah singkap aurat kedua-duanya selepas memakan buah larangan dalam Syurga.
BUAH PRUNE
Buah Prune sangat baik kerana mempunyai mineral dan polyphenol yang tinggi serta nilai ORAC yang tinggi. Bila dilaksanankan proses pengeringan, buah Prune ini mengalami peningkatan daya anti-pengoksidaannya sehingga mencapai 6 kali ganda dari asal.
Buah Prune mempunyai daya pemulihan seperti:-
- Menentang Jangkitan
- Penyakit sistem jantung
- Pengurangan kolesterol
- Kencing manis
- Pencegahan kehilangan daya ingatan dan penyakit Alzheimer
- Penyakit Diverticular
- Pengurangan risiko tanggungan estrogen kanser
- Meransang kepadatan tulang
- Membersihkan hati
- Membersihkan usus perut
Haaa..dah habis baca dah??? ker korang skip aje??? :P
So, kesimpulannya,..meh aa rasa, baru dapat disimpulkan ;)