Buah prune adalah sumber yang baik untuk serat larut dan tidak larut (kajian mengaitkan prune menurunkan kadar kolesterol darah), Prune berada didalam kedudukan terbaik di Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) bagi senarai buah antioksidan berskor tinggi. 100 gram buah prune mencatat skor sebanyak 5.700 mata, sementara saingan terdekat buah prune iaitu blueberry dengan 2,700. Saintis permakanan percaya bahawa tahap antioksidan tinggi berkaitan dengan pigmen gelap kulit buah.
Zat-zat yang ditemui didalam buah prune diklasifikasikan sebagai fenol, dan fungsi mereka sebagai antioksidan telah didokumenkan dengan baik. Zat-zat didalam buah prune mampu mengelakkan kerosakan dan sangat berkesan dalam meneutralkan anion oksigen radikal superoksida berbahaya yang disebut radikal. Prune juga telah terbukti membantu mencegah kerosakan oksigen berasaskan lemak.
Beta-carotene untuk Lebih Perlindungan Antioksidan
Buah Prune berkemampuan untuk mencegah kerosakan berasaskan oksigen yang berkaitan dengan sel-sel badan manusia dan juga berkaitan dengan kandungan beta-karoten didalam prune. Buah Prune merupakan sumber yang sangat baik yang membekalkan vitamin A (dalam bentuk beta-karoten). 1/4 cawan prune akan memberikan 21.1% vitamin A dari nilai yang diperlukan setiap hari.
Beta-karotin bertindak sebagai antioksidan yang larut dalam lemak, menghilangkan radikal bebas yang akan menyebabkan banyak kerosakan sel dan selaput sel. Kolesterol menimbulkan ancaman bagi dinding pembuluh darah (dan kesihatan kita) hanya apabila ianya telah dioksidakan oleh radikal bebas.Pertambahan kolesterol dalam arteri bentuk dinding plak yang menghalang aliran darah dengan sempurna, dan mampu mencetuskan serangan jantung atau stroke.
Radikal bebas juga boleh merosakkan DNA sel, menyebabkan mutasi yang cukup serius, boleh menyebabkan pembentukan sel-sel kanser. Selain itu, radikal bebas turut menyumbang terhadap peradangan, yang merupakan salah satu cara membersihkan tubuh sel-sel atau bahan lain yang telah rosak. Dengan cara ini, radikal bebas meningkatkan keparahan dari beberapa keadaan yang berbeza. Beta-keroten bertindak menutup radikal bebas ini. Hasil kajian menunjukkan beta-keroten membantu untuk mengelakkan pelbagai penyakit, termasuk aterosklerosis, penyakit jantung diabetes, dan kanser usus besar, dan ianya juga berguna untuk mengurangkan permasalahan seperti seperti asma, osteoartritis, dan rheumatoid arthritis.
Potassium untuk Kesihatan Jantung
Buah Prune adalah sumber potasium yang baik. Ianya memberikan sekitar 9% dari nilai harian yang diperlukan bagi setiap 1/4 cawan. Potassium merupakan mineral penting untuk menjaga tekanan darah normal
dan fungsi jantung. Mengambil prune sebagai salah satu diet sarapan anda dapat membantu untuk mencegah tekanan darah tinggi dan melindungi terhadap aterosklerosis. Keberkesanan makanan kaya potassium seperti prune dalam menurunkan tekanan darah telah dibuktikan dari sejumlah kajian. Sebagai contoh, hasil penyelidikan kepada lebih 40,000 kajian selama 4 tahun,didapati lelaki yang mengamalkan diet yang mengandungi kadar potassium yang tinggi mempunyai risiko yang ketara mengurangkan potensi mendapat stroke.
Selain memberi manfaat sistem kardiovaskular, Potassium yang ditemui dalam prune juga boleh membantu untuk mempromosikan kesihatan tulang. Potassium dapat mengelakkan kehilangan kalsium yang tinggi ketika membuang air kecil dan secara langsung membantu untuk mengelakkan tulang dari menipis dengan kelajuan cepat.
Buah Prune juga cukup dikenali sebagai sumber serat diet yang baik, Ianya merupakan suatu reputasi yang disahkan secara klinikal dan testimonial di mana prune membekalkan 15.1% dari nilai harian untuk serat dari setiap 1/4 cawan buah prune.
Normalisasi Tingkat Gula Didalam Darah dan Membantu Mengurangkan Berat Badan
Serat larut didalam Buah Prune membantu menormalkan kadar gula didalam darah dengan melambatkan tahap makanan meninggalkan perut dan dengan menunda penyerapan glukosa (bentuk yang diangkut gula dalam darah). serat larut juga meningkatkan sensitiviti insulin berperanan membantu dalam pencegahan dan rawatan diabetes peringkat ke 2. Selain dari itu, serat larut prune turut memberikan rasa kenyang dengan melambatkan proses makanan meninggalkan perut. Dengan itu prune membantu mencegah makan terlalu banyak dan berat badan.
Serat Prune Untuk Rendahkan Paras Kolesterol dan Perlindungan Usus
Buah Prune terkenal sebagai penyelesaian bagi masalah sembelit. Selain dari mengurangkan masa transit kotoran dan menurunkan risiko kanser usus besar dan buasir, serat prune juga menyediakan makanan kepada bakteria baik diusus besar.Serat larut prune membantu penapaian bakteria dan menghasilkan asid lemak rantai pendek yang berfungsi sebagai bahan bakar utama untuk sel-sel usus besar dan membantu menjaga usus besar yang sihat. Bakteria ini juga membantu membina dua asid lemak rantai pendek yang lain, propionik dan asid asetik, yang digunakan sebagai bahan bakar melalui sel-sel hati dan otot.
Asid propionik dihasilkan daripada serat tidak larut prune juga mungkin memainkan peranan menurunkan kadar kolesterol. Dalam kajian yang dilakukan, asid propionik terbukti dapat menghapuskan HMG-CoA, enzim yang terlibat didalam pengeluaran kolesterol oleh hati. Dengan menurunkan aktiviti enzim ini, asid propionik membantu menurunkan kadar kolesterol darah. Selain itu, serat larut prune juga membantu menurunkan kolesterol dengan cara mengikat asid hempedu dan mengeluarkan mereka dari tubuh melalui pembuangan najis. Asid hempedu adalah sebatian digunakan untuk mencerna lemak yang dihasilkan oleh hati dari kolesterol.
Awet Muda
Hasil penyelidikan USDA di Tufts University di Boston berkaitan penuaan menunjukkan bahawa buah kaya antioksidan seperti prune tidak hanya membantu mencegah perkembangan kanser tertentu, penyakit jantung,paru-paru, dan pembentukan katarak. Buah-buahan ini juga memainkan peranan didalam melambatkan proses penuaan dan membantu memanjangkan umur.